TIPS MEMELIHARA KUCING
Anda berminat dengan kucing tak? Adakah anda membela kucing di rumah? Betul ke cara anda menjaga kucing anda? Di sini saya akan memberi sedikit panduan bagaimana hendak menjaga kucing dengan teknik yang betul.
Kucing ada perbezaan dari segi fizikal dan personaliti, jadi adalah bagus untuk anda mengetahuinya sebelum memelihara atau membeli seekor kucing. Di sini ada beberapa kunci untuk tolong anda memilih kucing yang terbaik untuk anda:
- Kegemaran bermain
Sesetengah jenis kucing macam Russian Blue suka pilih salah seorang ahli keluarga sebagai kawan istimewanya. Lain-lain jenis pula macam Persian Tabby sangat peramah, mesra dan tak kisah dengan sapa-sapa pun. Pertimbangkan kadar kemesraan kucing terutamanya jika anda ada kanak-kanak di rumah sebelum memilih jenis kucing yang anda suka.
- Saiz badan
Ada pelbagai saiz kucing. Purata saiz kucing jantan adalah di antara 9-14 paun manakala kucing betina pula adalah di antara 6-10 paun.
- Tahap ketenangan
Seekor kucing yang tenang akan menghabiskan banyak masanya dengan berlingkar di atas kerusi berbanding kucing cergas yang suka bermain-main di kain pengesat kaki, mencakar gambar dan tak mudah didekati.
- Pemberusan harian
Sesetengah kucing perlu diberus setiap hari untuk elakkan bulunya dari kusut dan bergumpal. Selain itu, memberus juga akan membuat bulu kucing anda lembut!
- Persekitaran
Kebanyakkan kucing seronok berada di luar rumah kerana tak semua kucing berpuas hati dengan persekitaran di dalam rumah sepenuhnya. Sesetengah kucing,mungkin perlu lebih stimulasi untuk pastikan dia berkelakuan baik di dalam rumah. Ada yang perlu sedikit masa untuk berada di luar rumah (merayap le tu!). Walaubagaimanapun, adalah penting untuk anda sediakan habitat luar rumah yang selamat seperti porch tertutup @ leash (rantai leher) untuk melatih kucing tuadventure di luar rumah dengan dikawal oleh anda. Ada juga kucing-kucing yang gembira je di luar / dalam rumah. Apa-apa pun, aktiviti di luar rumah adalah digalakkan. Akhir sekali, ada juga yang jenis duduk dalam rumah je iaitu yang tak pernah keluar pun tapi lepak dalam rumah sepanjang masa. Statistik membuktikan bahawa kucing yang disimpan di dalam rumah je ataupun yang mendapat persekitaran luaran yang terkawal akan memberi kesan yang positif dari segi kepanjangan usia keseluruhannya.
- Pemburu tikus yang cekap
Andainya anda mengharapkan kucing anda menjadi pemburu tikus handalan, anda harus tahu bahawa ada sebahagian jenis kucing yang terkenal dengan kebolehan yang sangat menakutkan dalam mencari dan menghapuskan haiwan perosak seperti tikus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan